Tuesday, October 26, 2010

Perbezaan Individu

PERBEZAAN INDIVIDU

Perbezaan Individu:
- Sebagai guru kelas, kita sentiasa akan menemui murid yang mempunyai pelbagai kebolehan.
- Terdapat variasi dalam perbezaan individu yang harus menjadi perhatian kepada guru kelas seperti kita.
- Yang ketara ialah perbezaan kebolehan atau kecerdasan, kadar pencapaian, jantina, gaya pembelajaran serta keetnikan dan budaya.
Konsep Perbezaan Individu:
Kamus Dewan : keadaan @ sifat yg tdk sama antara individu kelainan / ketidaksamaan antara individu.
S.A Alsagoff : ketidaksamaan @ ketidakserupaan di kalangan ahli-ahli sesuatu kumpulan drp segi ciri-ciri yg telah dikenalpasti.
A. Majid (1997) : ciri-ciri pola tingkah laku / cara pemikiran yg membezakan individu drp yg lain.
E.A. Meng : ketidaksamaan dikalangan ind sama ada dr segi fizikal (tinggi, berat, warna rambut, kulit, mata) mental, sosial dan emosi.
T.C Yee (1989) : Ketidaksamaan beberapa aspek lahiriah dan rohaniah yg terdpt pd diri seseorg ind. Perbezaan ini adalah nyata ttp diabaikan a.bila membuat tindakan menyelesaikan masalah.
Mohd Salleh (1991) : ketidaksamaan yg terdpt pd diri seseorg dr segi mental, pencapaian akademik, penguasaan bahasa, saiz fizikal, perwatakan, sosial, emosi atau moral dan kreativiti. Perbezaan tsbt adalah yg dpt dilihat dan ada yg tdk.
Howard Gardner (1983) dari Universiti Harvard : Buku beliau; Frame of Mind : The Theory of Multiple Intelligenece. mengemukakan ‘Teori Pelbagai Kecerdasan’, semua insan punyai aspek kecerdasan (kognitif) yg tertentu. Setiap kecerdasan melibatkan satu set kemahiran yang membolehkan individu itu selesaikan masalah. Ada antara kecerdasan ini boleh berkembang ke tahap lebih tinggi berbanding dgn kecerdasan lain. Ini menyokong kewujudan PI melalui kajiannya ‘Projek Zero’. Gardner mendapati tujuh jenis kecerdasan iaitu kecerdasan linguistik, logikal-matematikal, ruang (spatial), muzik, tubuh-kinestatik, intrapersonal dan interpersonal (Gardner & Hatch, 1989). Gerald Grow (1977) menyatakan, Gardner telah menambah satu lagi kecerdasan iaitu kecerdasan naturalis (‘environment’ dan ‘nature’).
M.E Breckenridge dan E.C. Vincent (1955) ; Child Development jelaskan PI dr aspek perkembangan. Setiap Kanak-kanak mempunyai pertumbuhannya tersendiri yg unik “sesetengah kanak-kanak kelihatan ‘lambat’ buat beberapa tahun di sekolah tetapi kemudiannya menjadi pelajar yg cemerlang”.
W.W. Cook; Grouping and Promotion in the Elementary School jelaskan PI dari segi pencapaian. Hampir semua kelas Darjah 6, akan terdapat sekurang-kurangnya seorang murid yg berkebolehan membaca setakat Darjah 2 & seorang lagi yg berkebolehan membaca sehingga Tingkatan Empat.
Ng Wai Kong (1983) menyatakan ;
PI merupakan perbezaan yg diukur dlm perlakuan-perlakuan, kemahiran-kemahiran & respon-respon terhadap satu siri ujian ciri-ciri sahsiah. Setiap individu berbeza dari sudut penggunaan jumlah struktur yg mahu digunakan utk memahami kesamaran medan pengalaman atau persepsi.
Ng Wai Kong (1983), Howard Gardner (1983), M.E Breckenridge dan E.C. Vincent (1955) dan W.W. Cook : Menjelaskan PI dapat dilihat dr dlm & luar diri individu itu sendiri. PI juga merupakan satu bidang yang luas dan memerlukan kajian yang mendalam untuk mendapatkan jawapan terhadap persoalan yang berkaitan dengan perbezaan individu terutamanya pendekatan bagi menyelesaikan persoalan perbezaan individu yang terdapat dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
Faktor Penyebab Perbezaan Individu:
1. Baka
2. Persekitaran
Baka:
Baka : sifat yg diwarisi drp ibu bapa, nenek-moyang, keturunan spt warna kulit, rambut, bentuk badan dll.
Baka tentukan ciri-ciri fizikal (warna rambut, kulit, mata)
Ibu bapa cerdik – lahirkan anak cerdik.
Perangai kanak-kanak dipengaruhi baka.
Ibu bapa cepat hilang akal lahirkan anak yg kurang stabil emosi (pemarah).
Kembar seuri yg dipelihara secara berasingan menunjukkan kecerdasan & temperamen yg diwarisi.
Kajian Kecerdasan: Anak kembar, anak angkat dan salahsilah keluarga mendapati kecerdasan dan kebolehan spt kefahaman,kelancaran berbahasa, kebolehan matematik, pentaakulan dan ingatan adalah diwarisi.
- Erlenmeyer-Kimling & Jarvik (1963) : lebih dekat pertalian persaudaraan lebih serupa kecerdasan yg dimiliki. Mereka dapati korelasi kecerdasan antara adik beradik - 0.49, kembar tak seiras dipelihara bersama – 0.53 dan kembar seiras dipelihara bersama – 0.87
Kajian Temperamen: Anak kembar, anak angkat mendapati manusia cenderung warisi sifat malu, memencilkan diri dan ceria, empati, sikap altruisme, pandai sesuai diri, asertif, dominan, yakin diri, akur dan muram (Daniels & Plomin, 1985; Goldsmith, 1983; Rushton, 1984; Vandenberg, 1968)
- Farber (1981) : kajian ke atas kembar seiras, mendapati beberapa trait yg serupa di kalangan kembar itu spt ekspresi emosi, pola kerisauan, cara bercakap dan ketawa serta persamaan pergerakan.
Kajian Sukan -
-Jon Entine : Taboo: Why Black Athletes Dominate Sports and Why We’re Afraid To Talk About It ; Kajian semasa sains membuktikan bahawa biologi dan keturunan ada kaitannya dengan kecemerlangan sukan. Bangsa dan geografi berkait dgn penguasaan dlm bidang sukan tertentu.
Semua peserta yg memasuki acara akhir 100m lelaki dlm 5 sukan Olimpik adalah pelari kulit hitam berketurunan Afrika Barat.
Kajian menunjukkan drp 500 larian 100m terpantas yg direkodkan, 498 drpnya dipegang oleh pelari kulit hitam berketurunan Afrika Barat.
Pengarah Pusat Genom Manusia Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP) USM Dr. Zil Falil Alwi : penyakit bawaan genetik iaitu penyakit Spinal Muscular Atrophy (SMA) ini diwarisi drp kedua-dua ibu bapa. Jika kedua-dua ibu bapa adalah pembawa, risiko mendapat anak berpenyakit SMA ialah 25 % bagi setiap kelahiran.
Jika hanya seorg menjadi pembawa, anak yg dilahirkan sihat dan normal, ttp kemungkinan menjadi pembawa SMA.
2. Persekitaran:
Persekitaran mempengaruhi aspek Perbezaa Individu spt budaya, norma, keluarga, media massa yg bersifat soaial, kerohanian dan emosional. Faktor spt amalan jagaan anak, kesihatan dan permakanan, status SES dan kualiti sekolah.
Contoh : Anak Angkat
Kajian mendapati IQ anak angkat adalah sama dengan IQ keluarga angkat mereka.
Baumrind (1980) : 3 gaya pemeliharaan (autoritarian, permisif (membiarkan), autoritatif) ibu bapa menyebab Perbezaan Individu.
Jenis-jenis Perbezaan Individu:
- Murid yang kita ajar boleh berbeza daripada aspek-aspek yang berikut:
(a) Fizikal: Murid-murid boleh berbeza dari segi jantina, rupa, saiz badan, dll.
(b) Kognitif: Murid-murid berbeza dalam kebolehan berfikir, untuk membuat penaakulan,dll.
(c) Sosial: Sesetengah murid suka bersosialisasi sementara yang lain suka bersendiri.
(d) Emosi: Murid-murid boleh jadi beremosi, sensitif, riang, murung dll.
(e) Rohani: Sistem kepercayaan murid berbeza.
Jenis Perbezaan Individu
Kesan-kesan Perbezaan Individu:
Perbezaan individu telah membawa beberapa kesan sehingga sesetengah murid belajar lebih cepat daripada yang lain, sesetengah murid mendekati tugas pembelajaran secara berbeza, bagaimana tepat mereka mengingat maklumat, bagaimana mereka rela menghubungkait pelbagai idea, dan bagaimana kreatifnya mereka dalam mengaplikasi perkara-perkara yang telah diajar kepada mereka terhadap situasi dan masalah (Ormrod, 1995).
Guru Perlu:
- Kesedaran / kefahaman ttg masalah perbezaan indivivu.
- Mengetahui bagaimana perbezaan ini mempengaruhi P&P.
- Peka pd faktor penyebab PI / beri perhatian serius pd perbezaan individu.
- Terima hakikat bahawa setiap individu itu berbeza.
- Berpengetahuan khas tentang perbezaan individu.
- Sedari faktor perbezaan individu, kerana setiap pelajar adalah berbeza.
- Mempunyai gambaran yang jelas tentang sifat dan batasan perbezaan tersebut.
- Mengetahui tahap kebolehan setiap MM dan sediakan tugasan selaras dgn setiap tahap (G. Myers Blair, R. Stewart Jones, R.H. Simpson: Terjemahan Noran Fauziah, 1994 )
- Memahami & buat persediaan cara utk menghadapi & menyelesaikan masalah-masalah yg timbul drp perbezaan individu dgn berkesan (termasuk kaedah mengajar, BBM / ABM) tempat yang berbeza ikut minat, kebolehan & kemampuan individu. (Mohd Salleh, 1991).
Guru juga perlu guna kaedah /strategi yg berbeza:
- G. Myers Blair, R. Stewart Jones, R.H. Simpson; menyatakan sebahagian besar drp tugas guru adalah bekerja dgn kumpulan & tdk dgn murid secara individu.
- Robert Gayne : The Conditions of Learning mempercayai setiap jenis pembelajaran perlu keadaan & kaedah yg berlainan utk perkembangannya, oleh itu program pembelajaran bagi setiap satu mungkin berbeza.
- Kamaruddin Hj. Hussin (1990), kaedah berkumpulan dapat memberikan kesan yg baik kpd murid & guru.
- Glasser (1971) : penggunaan sudut pembelajaran di kalangan MM yg mempunyai perbezaan individu dpt beri keselesaan & meningkatkan minat mereka utk belajar.
- Rancangan Dalton (1920) : Murid bebas sediakan tugasannya & guru sbg pembimbing murid sahaja.
- Rancangan Winnetka (1919); pula tdk terdpt kegagalan kerana kanak-kanak diukur mengikut kebolehan masing-masing & bukannya mengikut pencapaian murid-murid yg lain (Crow, 1980).
Menangani Perbezaan Individu: Apa Yang Guru Perlu Lakukan?
1. Mendapatkan Maklumat Latar Belakang murid-murid:
Ketahui latar belakang, kekuatan & kelemahan, minat, matlamat, asperasi & sikap murid-murid dan dapatkan maklumat
melalui : kad kumulatif, pemerhatian tingkah laku, perbincangan dgn murid, berkongsi pendapat & pengalaman, mentadbir
ujian psikologi & diagnostik (sikap, nilai kerja, minat kerjaya).
2. Mengunakan ABM/BBM:
Modul : memudahkan pembelajaran arah kendiri, menarik minat murid, tumpuan pelajar meningkat, jimat masa dan beri
tumpuan kepada murid-murid yg perlukan tumpuan.
3. Pusat Pembelajaran:
Pusat pembelajaran utk murid belajar sendiri spt Pusat Akses Kendiri dlm pembelajaran BI di sek.
4. Kepelbagaian Kurikulum Sekolah:
Pelbagai kurikulum / kokurikulum utk penuhi PI. Mata pelajaran elektif beri peluang mengurus minat khusus
dlm pelbagai disiplin / memilih kursus.
5. Tugasan Yg Berbeza Utk Pelajar:
Beri aktiviti berlainan utk kumpulan @ murid yg berbeza. Adakan aktiviti pemulihan / pengayaan
Aktiviti berbeza kesukaran.
Kesimpulan:
- Manusia dilahirkan dgn kecenderungan masing-masing menyebabkan Perbezaan Individu.
- PI dipengaruhi oleh berlainan latar belakang keluarga dan budaya:-
Aspek fizikal PI dikatakan diwarisi drp ibu bapa, datuk, nenek-moyang.
Aspek sosial, rohani dan emosi PI dipengaruhi oleh persekitaran
Kontroversi baka / persekitaran telah lama wujud.
Ahli psikologi yg berpegang kpd pandangan baka percaya bahawa gen menentukan tahap perkembangan sebenar.
Kesimpulan:
Ahli psikologi yg menyokong persekitaran menekankan bahawa persekitaran sebenarnya meningkatkan atau menghalang perkembangan sesuatu ciri atau tingkah laku tertentu.
Kebanyakan ahli psikologi percaya bahawa interaksi kedua-duanya mempengaruhi PI.
Bagaimana guru mengendalikan masalah pelajrnya bergantung kpd pandangannya terhadap kontroversi baka / persekitaran.
Pelbagai strategi telah dibincangkan utk menolong guru menangani masalah PI dikalangan murid-murid, termasuk strategi spt guna pelbagai jenis ABM dan pusat pembelajaran dan tugasan berlainan.
Pelbagai pendekatan telah dicadangkan spt mengubahsuai arahan kumpulan dan pbj masteri

No comments:

Post a Comment